Sabtu, Januari 01, 2011

Aktiviti training Zamri Mohamad bulan ini



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ahad, Ogos 29, 2010

Main-main sudah jadi bisnes serius


Blogger.com menjadi platform 'blog shop' mempromosi produk dan perkhidmatan dan diiklankan secara meluas di Kuala Lumpur. Adonis bukan calang-calang, mempunyai bajet besar dalam pemasaran mereka di televisyen, akhbar dan bilboard. Ada sebab 'besar' mengapa mereka menggunakan kaedah blogshop.


----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Menyentuh pria surga

Kisah | Maka seorang lelaki mendekatkan kedudukan dalam solat sehingga rapat dan tersentuh antara satu sama lain dalam jemaah. Terdetik dalam hati lelaki itu, "Tuhan, terima kasih atas keizinanmu memberiku sedikit peluang menyentuh ahli syurga yang sudi solat di sebelah kanan dan kiriku. Mudah-mudahan aku diberi peluang menjadi sebahagian daripada mereka.


----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Ogos 21, 2010

kursuspenulisan | Perjalanan jauh yang berbaloi


Perkembangan alumni kursuspenulisan.com

Tuan Azrul (foto) bertolak dari stesyen bas di Kedah pada waktu malam dan tiba di Kuala Lumpur seawal jam 7.00 pagi. Pada jam 8.00 pagi beliau sudah tiba di pejabat, di mana bengkel penulisan bermula jam 9.30 pagi. Jam 6.00 petang pulang ke Kedah semula.

Semalam beliau menghubungi saya kurang sebulan selepas bengkel, "Alhamdulillah, hasil penulisan saya tersiar."

Tuan Azrul konsisten menghantar artikel ke emel saya sebelum dihantar ke media. Informasi lanjutan. Mohon klik di sini




----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Khamis, Ogos 19, 2010

Komponen sebuah doa.

Surah Al A'raaf 55-56 memberi komponen sebuah doa.

1. Orang yang berdoa merendah diri serendah-rendahnya.
2. Doa disebut perlahan-lahan dengan suara yang rendah
3. Ada rasa bimbang (doa tidak dimakbulkan)
4. Adanya 'mohon yang amat'
5. Perbaiki amalan sedikit demi sedikit dengan konsisten.

----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ahad, Ogos 15, 2010

Baca@ lain disuruh lain yang jadi





















Kredit foto dalam entri ini ditujukan pada Cik Puan Roziyah Mahamad.

Saya menggelengkan kepala melihat dan membacanya.

Lain yang dijangka lain pula yang berlaku. Perkara kecil jadi besar impaknya pada mereka yang melalui Baca@Sekolah hari ini.

Khususnya anak-anak yatim yang akan melalui dunia baru melalui buku-buku yang diserahkan oleh Tuan dan Puan melalui gerakan rakyat Baca@... di bawah Baca@Komuter pimpinan tim Cik Puan Azzah.

Inilah perpustakaan pertama mereka. Perpustakaan yang lahir daripada hati Tuan dan Puan. Dari angan-angan yang menjadi cerita benar.

Baca@... membuktikan satu perkara besar. Gerakan rakyat dengan semangat mulakan dengan apa di tangan pun dapat membuka sebuah perpustakaan tanpa menunggu suntikan dana rasmi sahaja.

Asalkan hati itu mahu atau tidak. Jika seorang menyumbang sebuah buku pun bisa membawa kepada perpustakaan rakyat. Baca@Sekolah membuktikan pagi tadi.

Kualiti yang dimiliki kumpulan sukarelawan kecil ini memberi harapan baru untuk generasi hari esok.

Saya percaya kita yang berada dalam Baca@ akan kekal dalam semangat ini dan terus mencipta perubahan kecil secara konsisten.

Foto bersejarah pembukaan perpustakaan rumah anak yatim Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan kini dimuat turun untuk tatapan Tuan dan Puan di Baca@LRT

Bersediakan kita membuat kegilaan ini dan kejutan seperti ini berkali-kali lagi?

Inilah deposit amal kita untuk hari esok. Mudah-mudahan Allah lapangkan tugas kita semua.

Pada hari ini Baca@Sekolah membawa satu memori baru kepada kumpulan anak yatim ini. Apabila mereka keluar kelak menjadi dewasa, mereka faham dan tahu, peristiwa hari ini memberitahu mereka ketika itu ada yang cuba memberitahu mereka bahawa buku itu sebahagian daripada kehidupan yang perlu dibudayakan.

Mereka hidupkan budaya buku dalam diri mereka.
Mereka hidupkan budaya buku dalam diri rakan-rakan mereka.
Mereka hidupkan budaya buku dalam keluarga mereka.

Itulah mesej yang jelas disampaikan setiap daripada mereka terlibat hari ini. Peristiwa yang memberi impak kepada kumpulan anak yatim ini.

Mari kita doakan kejayaan semua tim Baca@ di setiap negeri yang sedang berusaha menjadikan membaca sebagai budaya masyarakat tanpa malu dan segan.

Mari kita doakan, mudah-mudahan ia melepasi langit suara itu dan diaminkan oleh para malaikat.

Mari kita doakan agar lebih ramai akan bersama-sama untuk mencipta perubahan ini sebagai pusaka hari esok.

Meskipun seorang, itu tetap satu perubahan yang diraikan.

Seorang atau ramai, sedikit atau banyak. Kita adalah Baca@ kita membaca di mana-mana. Buku anda cara anda.

---

Laporan rasmi Baca@Sekolah oleh Cik Puan Azzah

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Tuan Puan penyokong budaya ilmu yang dihormati sekalian. Mudah-mudahan Tuan Puan sedang dalam kesihatan dan kebahagiaan hendaknya.

Syukur kepada Tuhan, projek pertama Baca@Sekolah di Asrama Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong, Rembau telah selamat dijalankan dengan jayanya pada 15 Ogos 2010.

Para sukarelawan yang terdiri daripada skuad Baca@Komuter, Baca@LRT dan karyawan PTS Publications Sdn Bhd, berkumpul di Masjid Jamek An-Nur di Pekan Rembau seawal jam 9.00 pagi.

Kemudian, mereka bergerak secara konvoi sebanyak enam buah kereta ke Ulu Gadong pada jam 9.40 pagi.

Sambutan yang di luar dugaan untuk para sukarelawan. Penghuni mempersembahkan drama pendek kisah gembala kambing yang suka menipu dan nasyid 'Peristiwa Subuh'.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada Yang DiPertua Jemaah Pengurus Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong, Tuan Haji Edrus bin Adam. Disusuli ucapan daripada Cikpuan Azzah Abdul Rahman selaku penyelaras Baca@Sekolah dan diakhiri dengan ucapan khas daripada tetamu yang diraikan, Tuan Abdul Latip Talib, penulis novel sejarah nombor 1 Malaysia.

Ucapan daripada Tuan Abdul Latip Talib, yang merupakan bekas penghuni asrama berkenaan, sedikit sebanyak menyentuh perasaan setiap yang hadir. Beliau berpesan supaya buang rasa malu dan hina menjadi anak yatim, kerana Rasulullah juga anak yatim. Malah, anak yatim dan miskin juga boleh berjaya seperti orang lain.

Acara seterusnya ialah menyusun dan mengindahkan perpustakaan kecil. Tersentuh hati sukarelawan yang hadir apabila melihat penghuni-penghuni yang terus menyerbu kotak-kotak buku yang dibawa. Inilah pertama kali, asrama ini memiliki perputsakaan kecil mereka sendiri.

Tuan Haji Edrus kemudiannya membawa para penghuni ke surau dan mengadakan sesi 'in person' dengan Tuan Abdul Latip.

Kira-kira jam 1 tengahari, perpustakaan kecil siap disusun dan dihias.

Mudah-mudahan projek ini dapat memberi manfaat yang besar kepada anak-anak yatim dan miskin ini.

Mohon doa Tuan Puan, supaya projek sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Terima kasih di atas sokongan!


Azzah AR
Ketua Operasi Baca@Komuter




----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.


Facebook tewas secara 'professional' di tangan Linkedin

Petikan blog rakan baru,

"10 months, possibly more, travelling with the wife, a camera and a whole load of gear which we probably won't need.

During the 10 months away we'll be doing volunteer work (in Borneo, the Perhentian Islands, Peru and the Galapagos), hiking in Borneo, Aus, NZ and Peru (to Machu Picchu), taking a Spanish language course and of course taking more than a few photos with my trusty, if somewhat battered, old Canon.

Hopefully my Spanish will have improved after 5m in South America and with luck there'll be a few pictures that turn out okay. We head off in Singapore in Aug '10 and end up in Rio in Jun '11."




Tip penulis bebas hari ini adalah biasakan duduk dengan orang asing apabila makan dan duduk di tempat awam.

---

Saya tidak diizinkan menyertai Baca@Sekolah yang digerakkan oleh Cik Puan Azzah dan tim melalui Baca@Komuter. Tim Baca@LRT juga turut serta. Demam dan selsema selama dua hari membuat saya berfikir untuk mengasingkan diri daripada aktiviti beramai-ramai. Tambahan lagi, ini pun kerana berjangkit daripada rakan lain.

Sepanjang hari Sabtu berada di pejabat. Disambung pula hari Ahad sehinggalah selepas Zohor. Syukur kepada Allah keadaan semakin pulih. Rakan-rakan yang sibuk mengendalikan perpustakaan Asrama Anak Yatim, Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan sudah pulang.

Petang jam 4.00 kesihatan sudah semakin baik. Dengan beg sandang berisi buku The E-Myth Revisited edisi Bahasa Melayu, mengambil peluang ke kompleks membeli belah Giant di Taman Permata, Ulu Kelang.

[15.jpg]

Maghrib menghampiri. Berbuka puasa di restoran Matt's adalah pilihan pertama. Sudah biasa ke sana sejak mengikuti kelas penulisan PTS di sana yang diadakan di Sekolah al Ikhlas yang terletak bersebelahan sahaja.

Mencari tempat duduk yang mudah keluar masuk, akhirnya memilih duduk bersebelahan pasangan berbangsa Inggeris. Gaya mereka tidak kelihatan seperti pelancong. Makanan tempatan yang dipilihnya pun kelihatan sudah biasa dinikmati sebelum ini.

"Tuan dan Puan tinggal di sekitar kawasan ini?" tanya saya.

"Ya. Berdekatan zoo," jawab wanita.

Saya bertanya lagi, "Bertugas di mana?"

Wanita itu menjawab lagi, "Kami melakukan kerja sukarelawan di zoo tersebut selama dua minggu."

Kemudian lelaki di hadapan beliau menambah, "Kerja kami membersihkan dan menguruskan orang utan di situ."

Lelaki itu melihat saya tidak menyentuh langsung lontong di atas meja, "Tuan tidak makan?"

"Saya menunggu waktu berbuka."

"Jam berapa?"

"7.28 malam"

"Sangat tepat waktunya!"

Soalan yang diajukan menjadikan berhenti makan seketika. Barulah mereka menyedari orang di sekeliling belum makan.

Kata saya, "Tidak mengapa, ini adalah normal. Usah rasa serba salah."



Mereka adalah pasangan suami isteri dari England. Lelaki bernama Ian Rudderham dan isterinya, Puan Adders. Mereka berada di Kuala Lumpur selama dua minggu melakukan kerja sukarela di bawah organisasi dipanggil W-O-X (Way Out Experiences).



Selepas ini mereka akan ke Sarawak selama dua minggu melakukan kerja yang sama dan kemudian ke pantai timur bagi menguruskan penyu di sana di bawah satu organisasi lain.

Ian Rudderham adalah pengurus projek yang mengendalikan projek. Manakala isterinya adalah seorang guru.

"Kami tidak ada Facebook," jawab mereka.

Saya terkejut dengan jawapan itu. Sangka saya mereka lebih aktif menggunakan Facebook. Sebaliknya tidak. Jika demikian apa pula?

"Kami aktif di Linkedin."

Saya bertanya, "Mengapa?"

Balas Tuan Rudderham , "Kerja saya banyak di situ berbanding Facebook."

Air cincau dalam tin dituangkan ke dalam gelas berisi ais, kemudian dia menyambung cerita, "Bayangkan kuasa Linkedin. Apabila saya dipanggil bagi menguruskan projek baru, saya seolah-olah diimbas. Semuanya mereka tahu. Apa yang saya lakukan dan semuanya. Kadangkala takut juga."

Linkedin menjadi mata kepada klien korporat melihat aktiviti mereka yang mahu dipanggil.

Pada masa sama beliau suka kerana dalam tempoh terdekat sebelum projek tamat, beliau akan dihubungi klien korporat lain, "Mereka akan menghubungi saya dan bertanyakan apa yang akan saya lakukan selepas ini apabila projek yang saya kendalikan selesai. Mereka menawarkan projek seterusnya. Itu bermakna saya ada kerja baru."

Beliau tidak perlu bimbang. Linkedin memudahkan beliau. Bakal klien tahu apa yang sedang diusahakan dan akan menawarkan tugas baru yang memerlukan beliau terbang ke sana.

Dalam hal ini Facebook tewas secara 'professional' di tangan Linkedin.

Saya bertanya lagi, "Mengapa terlibat dalam kesukarelawan? Sedangkan Tuan dan Puan bekerja."

Jawab isterinya, "Kami mahu mencari sesuatu yang berbeza dalam hidup kami. Kerja terlalu lama di tempat yang sama amat rutin. Membosankan dan tidak hidup! Menyertai usaha ini menjadikan kami membuat sesuatu yang berbeza dalam hidup," katanya bersungguh-sungguh.

Saya teruja mendengarnya. Beliau menyambung lagi, "Lagi pun kami anggap ini sebagai cuti juga. Selama setahun kami akan ke beberapa tempat berbeza melakukan kerja ini. Membersihkan orang utan adalah pengalaman pertama kami di sini," dia ketawa dan suaminya menunjukkan simbol 'disuruh mengikut isteri ke mana sahaja'.

"Saya melihat jersi kamu ini, mujur bukan Chelsea. Saya penyokong Mancherster United!" suaminya meneruskan perbualan.

Pasangan ini sudah biasa datang ke sini sebelum ini. Isterinya pernah ke Singapura ketika kecil dan berulang alik ke Johor Bahru. Suaminya juga begitu. Cuma kali ini mereka berdua bersama empat yang lain datang di bawah misi WOX.

"Semuanya bagus di sini. Masakan ini sedap, kecuali minuman ini. Saya baru mencubanya," kata Puan Rudders sambil menunjukkan dua tin air cincau yang diambilnya. Suaminya pula mencari tuan kedai dan memuji masakan sambil menunjukkan lauk pauk mana yang digemarinya.

Sebagai penulis, saya memberitahu apa yang saya lakukan dan hasilkan secara ringkas. Tuan Rudderham bertanyakan bagaikan perkembangan penggunaan internet di Malaysia. Apabila dimaklumkan lebih satu juta netbook akan diberikan percuma secara berperingkat beliau terkejut.

"Kamu gunakan Gmail!" kata Tuan Rudderham apabila melihat emel saya.

"Terkini saya menulis buku Urus Bisnes dengan Google," kata saya disambut dengan saiz mata Tuan Rudderham yang membulat.

Segera beliau membalas "Google adalah sesuatu yang hebat. Apa yang kamu tulis?" beliau berhenti menikmati nasi berbaki dan menunggu jawapan.

Saya menceritakan isi kandungan buku itu sehinggalah cerita Google Map timbul kali ini beliau menerangkan setiap satu ciri Google Map dalam keadaan teruja.

Saya ketawa melihat keseronokan beliau bercerita, "Saya percaya kita berdua mencari tempat di Google Map meskipun lokasinya dalam negara sendiri," kata saya disambut dengan cerita pengalaman beliau menggunakan Google Map.

Isterinya tersenyum melihat tingkah laku suaminya.

Satu perbualan yang singkat tetapi bermakna. Kepala saya memikirkan dua perkara besar dalam perbualan kurang 40 minit itu, "Pertama, apabila Facebook dibunuh secara professional oleh Linkedin dan kedua mengenai mengubah garis rutin hidup."

Saya terfikir menyambung ekspedisi keretapi selepas Ramadan ini.

Adakah rakan pembaca berasa entri ini bermanfaat? Kongsikan dengan klik butang share di Facebook.

Kepada alumni kursuspenulisan.com, perbualan kurang satu jam ini memberi saya tiga idea penulisan.

Saya mendapat idea (jika selepas terbaca di mana-mana faham-faham sahajalah) Pada asalnya saya menyangka WOX bersifat social holiday. Konsep pelancongan dengan melakukan kerja-kerja tertentu di negara tersebut. Ini adalah idea baru yang dapat diterapkan dalam agensi pelancongan tempatan selain daripada pelancongan bersifat tempat dan homestay. Mengapa ini pula yang timbul dalam kepala saya.




----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Ogos 14, 2010

Keusahawanan Internet Urus Bisnes dengan Google


"Setelah membaca dan mengaplikasi, mudah saya mendapat tambahan prospek dan pelanggan bagi satu laman web saya. Tiga empat bulan lagi, ianya boleh mengurangkan kos pengiklanan saya!"

Petikan respon blog Tuan Affendy yang merupakan penggerak Kursus-perkahwinan.com

Bisnes kecil yang tidak dikenali tiba-tiba menjadi besar dengan kemunculan pertama buku ini. Mereka memberi testimonial kejayaan mereka di internet selepas membacanya. Urus Bisnes dengan Google mendedahkan rahsia bagaimana peniaga-peniaga kecil di Malaysia dan negara serantau menggunakan Google bagi mengurus bisnes kecil mereka.

Sembilan aplikasi rahsia di Google bagi memulakan langkah, mengurus, memasarkan dan menggembangkan bisnes kecil kita.

Google Gmail mengurus komunikasi berkesan pelanggan dan peniaga
Google Docs memastikan pesanan diurus dengan mudah
Google Talk menukarkan komunikasi peniaga memikat hati pelanggan
Google Search memudahkan bisnes ditemui orang ramai
Google Profile membuatkan pelanggan yakin pada kita.
Google Alerts menjadikan kita yang pertama tahu aktiviti peniaga lain secara senyap-senyap.
Google Maps memudahkan pelanggan mencari bisnes kita.
Google Groups menukarkan bisnes menjadi tumpuan orang ramai.
Google Calendar memastikan semua orang tahu aktiviti bisnes kita

Satu persatu dicuba dan berjaya. Ditulis secara langkah demi langkah berserta screenshot yang dapat diikuti oleh pembaca.

---

Zamri Mohamad, telah menulis 15 buah buku. Judul-judul buku yang ditulis dan dicari ramai ialah Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Mudahnya Bisnes dengan Blogshop dan Buat Duit dengan YouTube.

Jumaat, Ogos 13, 2010

Baca@Sekolah Asrama Anak Yatim & Miskin

Projek Baca@Sekolah, 15 Ogos 2010: Kotak buku-buku yang disumbangkan oleh para dermawan yang budiman. Buku-buku novel sejarah Islam, motivasi pendidikan, usahawan cilik, kisah-kisah teladan, Komik M, buku-buku klasik Inggeris, kerusi kecil, poster motivasi untuk dekorasi
.


Baca@Sekolah Asrama Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan

----

Azzah Abdul Rahman August 9 at 11:10pm Reply
Assalamualaikum Tuan Puan, penggerak Baca@ yang dikasihi Allah,

Didoakan semoga Tuan Puan berada dalam kebahagiaan dan kesejahteraan sentiasa hendaknya, amin.

Dengan sukacitanya, saya selaku penyelaras program mengundang Tuan Puan ke Asrama Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan pada 15 Ogos @ 5 Ramadan.

Berikut makluman terkini mengenai program Baca@Sekolah, pada 15 Ogos 2010.

Atas budi bicara Pengerusi Jemaah Pengurus Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin, waktu program telah dipersetujui dipinda ke jam 10.00 pagi dan dijangka tamat jam 12.30 tengahari.

Aturcara adalah seperti berikut:

10.00 pagi - Sesi Bersama Penulis: Tuan Abdul Latip Talib

11.00 pagi - Penyerahan buku-buku sumbangan para dermawan

11.30 pagi - Aktiviti mewujudkan Sudut Bacaan dimulakan (menyusun buku dan dekorasi)

12.30 tengahari - Acara dijangka tamat

Sekiranya Tuan Puan mempunyai cadangan untuk penambahan aktiviti, mohon maklumkan kepada saya sebelum 12 Ogos 2010.

Untuk makluman:

i. Penghuni tetap asrama ini ialah seramai 42 orang pelajar lelaki, daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

ii. Pengumpulan bahan bacaan sudah mencukupi. Sekiranya ada lebihan yang diterima selepas ini, akan dibawa ke program Baca@Sekolah yang seterusnya.

iii. Pintu keluar lebuh raya yang terhampir dengan lokasi ini ialah Pedas - Linggi. Jika Tuan Puan ingin hadir dengan memandu kenderaan sendiri, cadangan tempat berkumpul ialah di masjid Pekan Rembau.

iv. Jika Tuan Puan ingin hadir menaiki komuter ke Seremban, mohon maklumkan kepada kami untuk kami bantu mengaturkan transportasinya.

v. Tuan Puan yang datang daripada Negeri Sembilan, boleh berkumpul di masjid Pekan Rembau.

vi. Waktu berkumpul di masjid ialah jam 9.30 pagi. Kita akan berkonvoi ke Ulu Gadong.

vii. Arah ke masjid: Apabila tiba di Rembau, ada persimpangan lampu isyarat, yang ada arca ini (lampiran) di sebelah kanan. Masuk kanan, kemudian terus ke hadapan dalam 500m. Masjid di sebelah kanan jalan.

Mohon berikan nama kepada saya sekiranya Tuan Puan sah ingin menyertai program ini, sebelum 12 Ogos 2010. Hantarkan dengan klik di sini.

Mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha kita demi kebaikan umat. Amin.

Terima kasih.


Baca@LRT membaca Quran di dalam LRT

Malam Ramadan, penyokong Baca@LRT membaca Quran di dalam LRT. Baca@ kita membaca di mana-mana sempena Ramadan ini.


----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Penulis, kerusi kosong dan dua jam

Naskhah akhir 30 Strategi Membina Pengaruh dan Mengurus Konflik gaya Streetsmart di MPH Alamanda.
Mereka yang mencari Urus Bisnes dengan Google di Putrajaya. Insya Allah, hanya tinggal senaskhah sahaja di MPH Alamanda

Cik Puan Ana, orang pertama di MPH yang menguruskan bicara buku ketika saya mula-mula menulis pada tahun 2006. Ketika itu beliau baru bekerja di MPH Wangsa Maju. "Yalah, mula-mula saya risau apabila ceramah itu di hadapan semua kerusi kosong. Tuan bercakap dua jam. Mereka berdiri di rak sahaja." Antara orang yang banyak membantu kepada perkembangan kerjaya saya sepanjang empat tahun. Terima kasih. Semoga Allah berkati.



----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Silaturahim 'Beriani'

Pada waktu tengah hari ada band memainkan muzik secara langsung tanpa penyanyi di restoran nasi beriani gam ini
.
Papan tanda lama

Kuah ambil sendiri.

Tekniknya, nasi dalam bungkusan kain dan lauknya di tepi.

Tengah hari di sebuah restoran Beriani Gam di tepi jalan yang disebut-sebut orang. Melihat deretan periuk ini sepanjang meja.

Konsep mentor-mente, Tuan Qahhar (kanan) membawa staf baru menemui pegawai bagi latihan skrip pengenalan dan berhubungan.



----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Kereta besar cup cake 'besar'

Inilah saiz kereta di atas cup cake yang dijual.




----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Berfikir secara ringkas

Saya berfikir | Bazar Ramadan menghala ke UIA biasanya penuh dengan gerai-gerai jualan melainkan tahun ini. Masih ada ruang-ruang. Juadahnya ekonomi dan hampir sama. Murtabak roti canai pun ada. Memang 'bajet' sifatnya.

Saya berfikir | Jibril menyemak bacaan Quran Rasulullah sebanyak dua kali apabila sempurna ayat diwahyukan. Apakah dalam penerbitan moden dapat digunakan cara ini dengan kaedah semakan dua kali oleh penulis dan penerbit sebelum diterbitkan.

Saya berfikir | Dalam kepayahan puteri nabi Muhammad mengambil upah menguli roti dan suaminya mengambil upah mengangkat air, Nabi memberi cara meringankan dengan mengajar zikir subhanallah, alhamdulillah dan allahuakbar kepada Fatimah agar diamalkan sebelum tidur. Manakala suaminya, Ali Ibn Abi Talib juga mengamalkan meskipun dalam peperangan.

Saya berfikir | ‎"Jika memberi wang raya pada bulan Ramadan. Bertambah-tambah deposit daripada Allah. Insya Allah." Katanya membuat saya berfikir panjang.

Saya berfikir | Terawih. elaki itu menyerahkan kad perhubungan beliau, "Bisneskah?"
Jawabnya, "Tidak. Kad itu nama dan nombor perhubungan saya. Ramadan ini saya berkenal-kenalan dan berkawan-kawan dengan mereka yang di kiri dan kanan saya. Boleh saya tahu nama saudara?" Kad berwarna putih berisi nama dan nombor telefon dihulurkan.


----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Selasa, Ogos 10, 2010

Kursus Penulisan | Peserta dari tiga negeri berkumpul

Kami gembira dengan kehadiran mereka. Sangat personal dan dari hati ke hati. Banyak perbincangan berlaku dalam kumpulan ini. Masing-masing dari Kedah, Selangor dan Kelantan.

Kami di sini memfokuskan jumlah yang kecil dengan impak informasi 'bawah tanah' mengenai strategi menulis yang insya Allah tersiar sampai kepada semua. Kumpulan kecil menjadikan lebih banyak soalan dan interaksi berlaku. Itulah yang dimahukan oleh mana-mana peserta.

Saya tertarik dengan semangat peserta yang menaiki bas dari Kedah dan tiba pada subuh semata-mata mahu berkarya. Ketika entri ini ditulis, peserta sudah mula menghantar rencana ke emel saya untuk diberi maklumbalas.

Saya terkejut dan tersentuh dengan komitmen ini. Inilah yang ditunggu-tunggu dalam usaha kursuspenulisan.com mengendalikan bengkel hujung minggu paling aktif di Kuala Lumpur.

Puan Zawiah Mohd Daud, peniaga di internet dalam Modul Anatomi Majalah, membongkar keinginan editor majalah di Learning Station.

Tuan Azlis Sani, tiba di Kuala Lumpur dari Kedah awal pagi tadi. Mula berada di sekitar pejabat jam 8.00 pagi. Akan pulang semula ke Kedah pada malam ini. Semangat menuntut dalam berkarya. Semoga setiap langkah diberkati. Ketika Modul Anatomi Majalah, membongkar keinginan editor majalah di Learning Station.

Beliau orang paling aktif menghantar artikel kepada saya ketika ini. Saya suka dengan semangat ini.
Tuan Muhammad Firdaus Arif dalam sesi menghubungi editor dan mencari 'maklumat berlian', membuang maklumat 'buangan' dalam penghasilan rencana.

Perbandingan teks daripada karya asal selepas adaptasi. Modul Adaptasi, seni menjadikan karya orang lain sebagai karya kita tanpa unsur plagiat di Learning Station.


Puan Irma Indayu Omar, penulis dan penterjemah. Merupakan pustakawan.ke tika Modul Anatomi Majalah, membongkar keinginan editor majalah di Learning Station

Tuan Muhammad Firdaus Arif dalam sesi menghubungi editor dan mencari 'maklumat berlian', membuang maklumat 'buangan' dalam penghasilan rencana.


----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Ogos 07, 2010

Roti Canai dan Perniagaan Mamak India Muslim

Tuan Zayu Hisham pembaca buku Rahsia Bisnes Mamak menulis,

[senarai_buku_8.jpg]

"Sekali lagi saya menyarankan pemilik dan pekerja di restoran ini membeli dan membaca buku tulisan Saudara Zamri Mohamad iaitu Rahsia Bisnes Mamak. Sebagaimana dicadangkan kepada sebuah restoran di entri sebelum ini.Bukanlah memuja bisnes yang dijalankan di restoran mamak. Cuma peniaga kita perlu belajar dan mempraktikkan apa yang mereka lakukan untuk menarik pelanggan kembali semula beberapa kali ke restoran mereka."

Jumaat, Ogos 06, 2010

Mudahnya Bisnes Blog Shop di Malaysia


Kini mudah diperolehi dengan hanya klik di sini dan di kedai-kedai buku seluruh negara.

Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!' Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop mendedahkan langkah hebat:

  1. Tip praktikal memilih bisnes yang sesuai bermodalkan apa di tangan.
  2. Jadikan pelanggan yakin dan suka dengan blog shop yang dihasilkan.
  3. Teknik bina, urus dan kembangkan bisnes pada bila-bila masa.

Isi kandungan

Dedikasi
Mulakan dengan apa di tangan
Soalan peniaga kecil memulakan blog shop


Bahagian1 : Cari idea jadi peniaga di internet

01 Cari idea bisnes blog shop
02 Awal Jana idea bisnes cara Abraham Maslow
03 Pilih dan jual produk


Bahagian 2 : Buka pintu blog shop dengan Google

04 Dapatkan kunci pintu kedai kita sebelum berniaga

Bahagian 3 Bina blog shop, kedai pertama kita

05 Mengapa berblog shop menggunakan Blogger
06 Melihat peta asas blog shop
07 Buka blog shop pertama anda
08 Tulis entri produk
09 Masukkan foto produk ke dalam entri
10 Pilih foto yang sesuai
11 Masukkan video produk ke dalam blog shop
12 Paparkan video yang dapat menjual
13 Ulang pengenalan ringkas pada setiap entri
14 Papar entri blog mengikut tarikh berbeza
15 Label mudahkan carian produk
16 Gantung papan kedai di hadapan pintu masuk blog shop
17 Segerakan kepercayaan pelanggan kepada kita
18 FAQ menaikkan keyakinan pelanggan membeli
19 Agihkan kerja kepada rakan niaga dan pekerja
20 Jadikan pelanggan selesa membeli


Bahagian 4 Mudahkan pesanan produk dan perkhidmatan

21 Beri borang pesanan yang mesra anda mesra pelanggan
22 Hasilkan dan sebarkan borang pesanan pelanggan

Bahagian 5 : Mudahkan paparan imej produk dan perkhidmatan

23 Tambah fungsi imej produk cara slaid

Bahagian 6 Menulis iklan jualan yang mempengaruhi pelanggan

24 Jadikan pelanggan berasa dirinya nombor satu
25 Gunakan testimonial yang menjual dan tidak membunuh

Bahagian 7 Simpan senarai pelanggan setia

26 Mendapat maklumat produk umpama surat daripada posmen
27 Emelkan sekaligus entri blog
28 Emel pengesahan langganan pemikat hati pelanggan
29 Hantar emel blog shop pada waktu menggembirakan
30 Tingkatkan imej emel blog shop
31 Gunakan Feedburner memantau pelanggan
32 Mudahkan pelanggan melihat entri blog shop
33 Khabarkan entri-entri blog yang hangat

Bahagian 8 Promosi blog shop kepada orang ramai

34 Bertukar link blog shop dengan peniaga blog shop lain
35 Capai bakal pelanggan menggunakan Google Blog Search
36 Kekal jadi peniaga blog shop disukai ramai

Bahagian 9 Bicara semangat niaga

47 Cas kuasa fitrah dalam perniagaan

Biodata penulis


----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.